Thursday 5 April 2012

Kisah Binatang Yang Bernama Huraisy

Assalammualaikum, shbt2... kali nie iman nak share tentang binatang yg namanya Huraisy... iman terbaca kisah nie masa dulu... tapi disebabkan iman bermimpi yg iman dah post citer nie kat blog, maka iman pun post la... hehehehehe.....

ikut la, al-kisah binatang yg bernama Huraisy... Moga dengan kisah ini, dapat  memberi kesedaran kepada shbt2 bahawa dunia ini pasti akan berakhir... hanya yang amalan yang membezakan ganjaran yg akan diperolehi kelak... moga sama2 kita bermuhasabah diri.... InsyaAllah.... 

..................................................................................................................................................................

Dikisahkan dalam sebuah kitab bahwa apabila tiba hari kiamat nanti maka akan keluar seekor binatang dari neraka Jahannam yang digelar Huraisy, yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat.

Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?"

Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari lima jenis orang ."

1. Orang yang tidak mengerjakan solat.

2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.

3. Orang yang mendurhakai kedua orang tuanya.

4. Orang yang suka minum arak.

5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia.



wallhualam.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...