Tuesday 31 January 2012

Untukmu Muslimah...



1) Seorang wanita umpama sekuntum bunga di taman,segar mewangi di pelusuk dunia,setulus kasih sesuci embun,seindah mentari,seanggun rembulan.Cantik wanita kerana akhlaknya,lembut wanita kerana tutur katanya,mesra wanita kerana senyumannya,cekal wanita kerana keberaniannya,patuh wanita kerana setianya,sabar wanita kerana imannya,kasih wanita kerana belaiannya,lemah wanita kerana airmatanya,ikhlas wanita kerana simpatinya,dendam wanita kerana cemburunya,sayang wanita kerana sifat keibuannya….So,jadilah wanita yang sempurna……….

2) Serikandi muslimah yang sejati,hatinya akan sentiasa di miliki Ilahi dalam memperjuangkan agama islam.Binalah akhlakmu seindah muslimah sejati yang padanya terpancar nur iman bertakhtakan taqwa..Semoga kasih sayang ALLAH bersamamu......


3) Puteriku muslimah,malumu mahkota yang x perlukan singgahsana,ttp ia berkuasa mnjg diri & nama.Tiada siapa yang boleh merampasnya melainkan kau sendiri pergi menyerah diri.Ketegasanmu umpama benteng Negara & agama dr dirobohkn & jua dibinasakan…Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara mahligai syurga tempatnya….

4) Buat mujahidah solehah,dgn kecantikanmu,kau lbh elok dr matahari.Dgn akhlakmu,kau lbh wangi dr haruman.Dgn rndh hatimu kau lbh tinggi dr bln.Dgn kelembutanmu kau lbh halus dari rintik…..Maka peliharalah keindahan ini agar ka uterus menjadi syp kiri perjuangan islam,penegak kalimah Allah di muka bumi…..

5) Muslimah Yang dikasihi,
Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu.

Muslimah yang dikasihi,
Peliharalah solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah.

Muslimah yang dikasihi,
Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu.

Muslimah yang dikasihi,
Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga di celahan kaca. Ikuti perintah agama, jauhi laranganNya. Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu.

Muslimah yang dikasihi,
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu di dada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman di dada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu. Jangan kail panjang sejengkal, lautan dalam hendak di duga.

p/s: marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri, dan bermuraqabah kepada Allah... sesungguhnya 'Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah'.... =)




Sunday 8 January 2012

Kisah rumput & Orang yang disayangi


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Pelajar: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.



p/s : hargailah owg yang berada di depan kita, yang ada di kala suka, duka, susah mahupun senang.. kerana mereka lebih ikhlas utk terima diri kita seadanya berbanding dengan owg yg hanya tahu berkata-kata tapi tidak mengotakannya... mereka hanya singgah sebentar utk mempermainkan hati dan perasaan.. tiada siapa pun yg perfect di dunia ini melainkan ALLAH s.w.t... jgnlah kita hanya memandang pada paras rupa, mahupun harta semata2 kerana ianya tidak akan kekal lama.. tetapi pandanglah dengan mata hati... InsyaAllah, bahagia pasti milikmu... =) 

Thursday 5 January 2012

Ku Cintai Dirinya Kerana-Mu Ya Allah...



Ya RABBI, jika cintaku kau ciptakan untuk dia..

Tabahkan hatinya,
Teguhkan imannya,
Sucikan cintanya,
Lembutkan rindunya.

.
Ya RABBI, jika hatiku kau ciptakan untuk dia..

Penuhi hatinya dengan kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan nur-Mu,
Bisikan kedamaian dalam kegelapan,
Temani dia dalam sunyi sebuah penantian.

.
Ya RABBI, ku titipkan cintaku pada Mu untuknya..

Sampaikan rinduku pada rindunya,
Bimbinglah cintaku dan cintanya,
Satukan hidupku dan hidupnya dalam cinta Mu,
Kami ingin syurga Mu dengan kasih sayang.


Sungguh pun aku mencintai dirinya kerana-Mu, Ya Allah.. (^_^)

Tuesday 3 January 2012

Sunday 1 January 2012

Selamat Tahun Baru 2012... ^^"




Assalammualaikum s.w.t, wat sahabat2 sume... =)

erm.. sedar x sedar da masuk tahun baru da kan... bubye tahun 2011... hukhukhuk...
moga tahun baru 2012 ini menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk kita...
pengalaman sepanjang tahun 2011 kita simpan sebagai kenangan yang tidak mungkin kita dapat ulanginya...

ermmmm... orang cakap "sejarah mungkin berulang" (tiba2 iman teringat lagu kumpulan newboyz..) hehehehe...
tp x salah kan kalau kenangan manis tue kita kenang sampai bila2.. klu Iman lah kan Iman akan kenang tarikh 3 September 2011 sbb tarikh tue amat bermakna wat Iman... (^_^)"

tp walau macam mana sekali pun, kenangan pahit atau pun kegagalan yang berlaku sepanjang tahun 2011 kita anggap saja sebagai langkah atau platform untuk kita lalui pada kehidupan yang lebih berjaya... betul x?? hehehe...

sebagai muhasabah atau pun permulaan hari baru Iman pada tahun baru nie Iman ada azam tau... di samping tue Iman ada jgk terbaca tentang wasiat da nasihat Hassan al-Banna yang sangat2 relevan la utk kita amalkan bersama2... antaranya.... jeng.. jeng.. jeng... 

  • senyumlah selalu tetapi bersederhanalah dalam ketawa... senyum itu kan satu sedekah.. tp klu byk ketawa leh gelap hati pulak... iman pun klu da dapat ketawa tue, x igt dunia.. ish..ish.. nauzubillah...

  • bacalah al Quran setiap hari walaupun sepotong ayat... erm.. x susah mana pun, pe kata kita luangkan masa 5 minit ja utk membaca al-Quran setiap hari.. klu dapat agy lama agy bagus.. peringatan tuk diri Iman jugak nie... =)

  • kawal nada suaramu setakat yang diperlukan oleh pendengar didepanmu. janganlah menjadi bodoh. bahkan menyakiti hati orang lain pula... erm.. umi Iman selalu pesan mcm nie jgk.. jgn ckp kuat seolah2 kwn kita tue ada 10 batu jauh dari kita.. kan x sopan mcm tue.. 

  • erm.. agy satu jagalah hubungan yang baik antara Allah dan juga hubungan yang baik sesama manusia... kerana sifat sombong adalah sifat yang dibenci oleh Allah...

Jadi di kesempatan ini, Iman nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua pembaca blog Inspirasi Hati. semoga tahun baru kita akan lebih berjaya, tercapai impian dan azam, murah rezeki dan hidup lebih bahagia dan diredhai Allah. s.w.t InsyaAllah... =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...