Saturday 31 December 2011

FINAL EXAM !!

Assalammualaikum... shbt2.. =)

erm.. lama da kan Iman x update blog nie..Iman bz skit maklum la nk exam da nie...
EXAM!!!!  aaaaaaa.... tak0wt... ase cam x ready agy.. ase cam byk agy x baca... ase cam x cukup masa...
ase.. ase.. ase... eeerrrrrrrmmm.... pe punyer byk ase daaa... huhuhu...

ahah... fenomena student skrg.. study 4 exam????

tp.... pape pun kita betulkan balik niat kita..

ok, nie kata2 dr umi... (tepon umi td mnx kata2 semangat... huhuhu...)


"insyaAllah kakak leh wat.. tumpukan pada pelajaran.. igt umi ngan abh sentiasa mendoakan yg terbaik utk ank2nya..."
   
           *m00d : cedih.. nanges jgk la dgr umi ckp cam tue... weeeekkk... x malu da besar pun nanges.... huhuhu....


kesimpulannya : erm... Sgale nyer Allah dah tetapkan untuk kite.. dan yg paling penting blajar la krn Allah.....
Berdoa juga perlu, di samping usaha yg kuat agar ALLAH s.w.t akan menghadiahkan segala yang terbaik untuk kita di Dunia & Akhirat. InsyaAllah.. Amiin... (@_@)"
Semoge kejayaan ini milik kita bersama di samping mendapat keredhaan dariNYA..


                                                                 


p/s : Ya Allah, kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan.. tempat para syuhada' dan kehidupan
orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh.... Amiin....

Wednesday 21 December 2011

Teruskanlah Berdoa.. ^^''








Ramai manusia bermohon kepada Tuhan,
Supaya dimakbulkan segala keinginan,
Namun tidak jua dimakbulkan..

Kemudian manusia berkeluh kesah,
Bersangka buruk kepada Allah,
Lantas terus berputus asa,
Kemudian bermain di dalam minda,
Mengapa masih perlu berdoa?
Sedangkan Allah mengetahui semua?
Itulah hakikat manusia..

Teruskanlah berdoa,
Sebagai tanda pengabdian diri kita,
Sebagai hamba dhaif kepada Allah,
Sebagai lambang usaha kita,
Tiada tempat bergantung selain dari-Nya,
Tapi, mengapa masih tidak termakbul jua doa?
Persoalan lain bermain di minda..

Pandanglah diri sendiri,
Siapa sebenarnya yang lebih kita cintai,
Allah atau kesenangan duniawi?
Apa yang sering kita hajati?
Pasti kebanyakannya urusan duniawi,
Yakinlah dengan sepenuh hati,
Dunia bukan syurga yang dicari..

Cepat atau lambat dimakbulkan, itu urusan Ilahi.
Kerana Dia Yang Maha Mengetahui,
Perkara terbaik bagi ciptaan-Nya sendiri,
Sekiranya tidak dapat perkara yang dihajati,
Bersyukurlah dengan kondisi pada hari ini...


Sunday 18 December 2011

Buat Kaum Adam & Hawa....

untuk adam..
andai mahu mencari hawa..

1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

untuk hawa..
andai mahu menerima cinta adam..                                                      

1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

p/s : buatlah pilihan yg terbaek untuk kebahagiaan masa depan...  =)
untuk adam..
andai mahu mencari hawa..

1. jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pd telapak tgnnya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya utk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

3. jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..

untuk hawa..
andai mahu menerima cinta adam..

1. jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerna maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..

Tuesday 13 December 2011

' Dean List ' kerana Allah...



Kehidupan sebagai seorang pelajar pastilah tidak dapat lari daripada peperiksaan. Apabila menyebut tentang peperiksaan, tidak dapat tidak, keputusan peperiksaan amatlah dititikberatkan. Sudah menjadi lumrah, yang mendapat markah tinggi itu bersalut kegembiraan dan mereka yang mendapat markah rendah berselubung duka. (saya pun tidak terkecuali.. =) )

Setelah keputusan peperiksaan keluar, terdapatlah beberapa orang pelajar yang tidak mendapat markah yang diharapkan. Selepas selesai bermuhasabah, maka mereka berpendapat, belajar bukan kerana Dean list, tetapi belajar kerana Allah. Sekali saya memandang seperti tidak ada yang silap.

Ya, benar! Belajar kerana Allah. Tidak ada yang silapnya di situ.

Matlamat yang disalahertikan

Bagi kebanyakkan pelajar tahun 1 di sini, dan saya percaya di mana-mana pun, semua orang akan meletakkan target, "Sekurang-kurangnya, Dean list". ( Iman juga pernah meletakkan target sedemikian. )

Timbulnya pendapat seperti di atas membuat saya sedikit lega. Tak dapat Dean list pun tidak mengapa. Janji, aku belajar kerana Allah. Namun iman tertanya-tanya, salahkah belajar kerana Dean list? Tidak bolehkah kita belajar kerana Allah dan dalam pada masa yang sama mendapat Dean list? (dengan seriusnyer iman berfikir... hehe.. )

Iman pernah membaca tentang kisah seorang pemuda berperang kerana ingin mendapatkan bidadari. Maka timbul satu persoalan. Adakah dia berperang kerana Allah????

 " Ulama bersependapat mengatakan beliau berperang kerana Allah. Ini kerana, beliau yakin dengan balasan Allah janjikan iaitu balasan syurga dan bidadari. Berperang untuk menuntut janji-janji Allah. "

Begitu jugalah dengan kita. Sunnatullah mengatakan mereka yang berusaha akan berjaya. Itu hukum alam. Syarat dan akibat. Mahukan akibat yang baik, ada syarat-syaratnya. Mahukan akibat yang kurang baik, ada syarat-syaratnya. Jadi bukankah mengejar kejayaan itu juga menunjukkan bahawa kita yakin dengan Allah? Percaya dengan sunnatullah?

Adakah mengejar kejayaan atau dalam konteks kita, Dean list adalah salah? Tidak kerana Allah?

Matlamat dan usaha...

Tersebutlah kisah seorang pelajar yang terkejut dengan keputusan peperiksaan beliau. Maka terlintaslah dibenaknya, "Mesti aku belajar tidak ikhlas kerana Allah". Maka dibetulkan niatnya. Semester seterusnya keadaan yang sama berulang. Keputusan masih sama, tidak berubah. Maka hatinya berkata, "Mungkin aku tidak cukup ikhlas". Kehidupannya diteruskan seperti biasa. Tidak apa yang berubah.

ermm... Dimana silapnya?

Cara kita bermuhasabah. Muhasabah niat itu tidak salah. Cuma muhasabah niat sahaja tanpa diteliti usaha yang telah kita berikan itulah yang silap. Mungkin saja usaha yang kita letakkan sudah sangat hebat, sehebat rakan-rakan kita yang lain. Rakan-rakan yang cemerlang dan selalu mendapat tempat teratas. Tapi, cukupkah?

Manusia itu berbeza. Usaha yang perlu bagi mereka dan kita tidak sama. Andai masih gagal sedangkan sudah berusaha. Itu maknanya, usaha kita belum cukup. Masih ada ruang untuk berusaha.

Jangan sampai koreksi niat setiap hari , keputusan masih juga sama. Akhirnya Tuhan yang dipersalahkan. Usah kita lupa, sunnatullah yang Allah tetapkan. Kejayaan tidak datang tanpa usaha. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.

Kesimpulannyer....

Mengejar kejayaan itu tidak salah. Malah Islam sendiri menggalakan umatnya mengejar kejayaan dunia dan akhirat. Yang tinggalnya cuma, kenapa kita mahu berjaya. Niatlah kerana Allah kerana dengan itu segala benda yang baik dikira ibadah. Niatlah untuk mendapat kejayaan, kerana kita ialah umat yang Allah muliakan kerana Islam. ( insyaAllah..)

p/s : erm.. x sampai sebulan pun agy nie.. iman akan menghadapi final exam utk sem 1 nie.. takowttt... huhu... 
       so, terjadilah perbualan di antara diri sendiri.. hehehehe.... " iman,  if owg len bleh wat, npa iman x leh...  "
       mmmm... betul jgk.. jd iman mst berusaha sgguh2 mulai skrg...coz iman nk hadiahkan kejayaan nie utk 
       owg2 yang iman sayang.... =)

Sunday 11 December 2011

.: Sabar Itu Indah :.

BerSABARlah.... kerana pasti ada HIKMAHnya...



alhamdulillah..
masih diberi nafas. menggunakan sepenuhnya nikmat ini utk hidup. hidup yang selalu persediaan utk mati. kerana mati itu lah utk hidup dalam alam kekal abadi. mati yang merupakan permulaan utk hidup.

baru2 ini, mungkin banyak yang saya dengar tentang lantunan yang keluar dari bibir sahabat tentang sabar. saya cuba tanamkan dalam diri saya sifat sabar. apatah lagi bila berdepan dengan sesuatu samada mutorobbi, madu' atau sesiapa sahaja.

S A B A R itu sangat cantik. apa yang cantiknya. sakit dada ini kadang2 bila bersabar. tapi cuba di ambil sebagai satu hikmah. terkenang kata2 seorang sahabat,

' pertolongan Allah itu datang apabila kita sabar'

bila di belek quran, saya cuba mentadabbur surah al-baqarah ayat 45;
' dan mohonlah pertolongan Allah dengan sabar dan solat'

baru2 ini, saya ada menjalankan tugasan bagi subjek Pembangunan Diri.. saya bersama 6 lagi sahabat telah pergi ke KL Central utk mengedarkan pamplet kpd mad'u.. pada mulanya mmg amat kecewa dengan respon yang diberikan.. saya cuba menenangkan hati dengan hanya ungkapan SABAR. Alhamdulillah, selepas itu, semuanya mnjadi mudah.. =)

wallahualam'

p/s : cuba bersabar dengan sikap sesetengah orang... =)

Saturday 10 December 2011

Doaku...

Ya Allah, andai rindu ini panas menyakitkan, siramilah ia dengan kedinginan CintaMu. Andai dugaan ini mencalar luka pedih, balutilah ia dengan kelembutan RedhaMu. Andai ketetapan ini pahit untuk ditelan, izinkan aku meneguk kemanisan hikmah dari setiap yang Engkau takdirkan. Sesungguhnya takdirMu terbaik untukku. Amin..

Bicara Hati...

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu pada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,
tetapi sekiranya,
kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh 
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
maka,
campakkanlah ke dalan hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku kerana-Mu.
Namun,
andainya dia bukan jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku.

                                     Amin...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...