Wednesday 12 September 2012

Selamat Bersua Kembali.....

Assalammualaikum, sahabat2.....

salam bersua kembali diucapkan kepada pembaca yang berkunjung ke blog iman nie.... setelah hampir 5 bulan iman menyepi diri.... iman mengalami masalah kesihatan sebenarnya... Alhamdulillah sekarang nie iman dah semakin sihat... berkat doa sahabat2 semua.... =)


owh ye, buat pengetahuan sahabat2, iman baru mendaftar untuk semester baru... macam x percaya je, iman dah tahun 2 kat cnie.. ase macam baru mendaftar untuk pelajar baru semalam je... hehehehe.... pape pun doakan iman semoga survive dalam semester nie ek... Amin... erm.... sebelum iman terlupa, iman nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN, kepada semua sahabat2 iman.... =)


ok lah, nnt iman sambung di hari lain ye, iman nak bersiap pergi kelas nie.... fighting!! fighting!!.... (^_^)v
iman berundur dlu.. salam...



Wednesday 9 May 2012

Mengertilah Hati Wanita!!.........

Andainya lelaki tahu, dalam hati seorang perempuan
ada naluri untuk di sayangi,
ada rasa untuk di beri perhatian,
ada rasa untuk di dengari keluh kesahnya,
ada waktu2 minta di temani kesedihannya,

Andainya lelaki tahu rajuk seorang perempuan minta di pujuk,
Marah seorang perempuan perlu di dekati,
Sedih seorang perempuan perlu di dengari,
Gembira seorang perempuan ingin di kongsi,

Andai lelaki tahu di sebalik seribu satu rasa itu
ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk di manjai,
Bukan jua untuk di tatang bagai minyak yang penuh,
Hanya perlu sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh,

Kerana andai lelaki tahu hati ini akan sentiasa bertanya
Pada diri seorang perempuan,
Wujudkah cinta itu di hati lelaki,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran

Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,
Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
Cintailah seseorang itu kerana hatinya,
Bukan paras rupa semata2......


Tuesday 1 May 2012

Riak Memusnahkan Pahala...

Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis, lalu saya pun bertanya beliau, Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?"

Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahwa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."

Rasulullah bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ketujuh."

Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah)."

"Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya."

Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah S.W.T. Mereka berhenti di hariban Allah dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah.

Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahwa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."


Thursday 19 April 2012

Selamat Berjuang....


Malam Siang Berlalu
Gerhana Kesayuan
Tiada Berkesudahan
Detik Masa Berlalu
Tiada Berhenti Oh Syahdunya

Sejenak Kuterkenang
Hakikat Perjuangan
Penuh Onak Dan Cabaran
Bersama Teman-Teman
Harungi Kehidupan Oh Indahnya



Berat Rasanya Di Dalam Jiwa
Untuk Melangkah Meninggalkan Semua
Kasih Dan Cinta Yang Terbina
Ia Akan Selamanya

Selamat Berjuang Sahabatku
Semoga Allah Berkatimu
Kenangan Indah Bersamamu
Takkan Ku Biar Ia Berlalu
Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya
Dan Ingatlah Semua Ikrar Kita

Hati Ini Sayu Mengenangkan
Sengsara Di Dalam Perjuangan
Jiwa Ku Merana Dan Meronta Mengharapkan
Kedamaian Dan Jua Ketenangan

Tetapi Ku Akur Pada Hakikat
Suka Dan Duka Dalam Perjuangan
Perlu Ketabahan Dan Kekuatan

p/s: lagu nie iman tujukan kpd sume shbt2 iman diluar sana...semoga kalian tabah dalam mengharungi onak     duri kehidupan... =)

Thursday 5 April 2012

Kisah Binatang Yang Bernama Huraisy

Assalammualaikum, shbt2... kali nie iman nak share tentang binatang yg namanya Huraisy... iman terbaca kisah nie masa dulu... tapi disebabkan iman bermimpi yg iman dah post citer nie kat blog, maka iman pun post la... hehehehehe.....

ikut la, al-kisah binatang yg bernama Huraisy... Moga dengan kisah ini, dapat  memberi kesedaran kepada shbt2 bahawa dunia ini pasti akan berakhir... hanya yang amalan yang membezakan ganjaran yg akan diperolehi kelak... moga sama2 kita bermuhasabah diri.... InsyaAllah.... 

..................................................................................................................................................................

Dikisahkan dalam sebuah kitab bahwa apabila tiba hari kiamat nanti maka akan keluar seekor binatang dari neraka Jahannam yang digelar Huraisy, yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat.

Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?"

Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari lima jenis orang ."

1. Orang yang tidak mengerjakan solat.

2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.

3. Orang yang mendurhakai kedua orang tuanya.

4. Orang yang suka minum arak.

5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia.



wallhualam.....

Monday 2 April 2012

Kisah Akhir Zaman...

Assalammualaikum, shbt2... lma btul iman x update blog kan.. pape pun, pa habaq sume?? =)

hah!! kali nie iman nak share kt shbt2 tentang 10 tanda2 kiamat yang besar.. semoga kita dapat sama2 bermuhasabah diri agar tidak berpaling akidah kita... erm... sbb dunia akhir zaman nie, mcm2 yg terjadi, so depends pada kita sama ada benda tue mendatangkan banyak kebaikan atau keburukan....


~ hanya ilustrasi semata-mata ~


mari kita sama2 baca kat bwh nie....... =)

SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESAR

Ertinya:

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu Perbincangkan? ". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya,turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali ditimur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah tapi yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".(H.R Muslim)



Keterangan

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan

ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. Tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung

pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan

mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga

yang akan membunuh Dajjal.

6. Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan

bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi

bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan

pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.

7. Gempa bumi di Timur.

8. Gempa bumi di Barat.

9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.

10.Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman(Syam).



Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: "Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadishadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah beliau turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya".

p/s : renung-renungkan dan selamat beramal shbt2... =)

Saturday 24 March 2012

Alhamdulillah... =)

Assalammualaikum, shbt2....

apa khabar sume ari nie? semoga cehat wal'afiat ye... maaf la, seminggu iman menyepikan diri.. cibuk ckit lah... ermmm... pa x nyer, iman dah melangkah ke alam baru... hehehehehe.... dah jadi isteri owg, x leh lah nk nakal2 agy kan.. (^_^) v

alhamdulillah..... sumenyer berjalan ngan lancar... tima kaseh sume yang turut sama memeriahkan majlis perkahwinan iman.... iman terharu sgt, ramai kwn2 yg dtg walaupun jauh... syukran jazilan sume... =)

esok pula merupakan hari sambut menantu... iman berpakaian serba hijau pula esk.. heheheh... tpkan..... cam mimpi ja... cam x caya je, iman dah jadi isteri owg dalam umo 22 tahun nie... hehehehe... tp iman kne tima kenyataan lah kan..  =)

syukur alhamdulillah.... shbt2 sume doakn iman bahagia hingga ke akhir hayat ye... =)


Friday 16 March 2012

~Majlis Perkahwinanku~

Assalammualaikum, shbt2...
pa khabar sume? camne ngan IMAN kita pada hari ini? mudah-mudahan hari nie akan lbh baik dari semalam InsyaAllah... =) maaf ya, lma dah iman x update blog.. iman bz skit menguruskan majlis bahagia iman.. hehehe...

oooooppppppsssss......... Hari Bahagia iman????? tajuk iman pun mcm seram je.. hehehehe... sbnarnya, esok bersamaan 17hb MAC 2012, merupakan hari yang paling bahagia sekali dalam hidup iman... sbb iman akan bernikah esk... erm.. semestinya ngan owg yg iman syg lah... hehehehehe...

mcm2 perasaan yg iman ase skrg nie.. erm... mcm x cayer je di kala umur mencecah 22 tahun nie, iman akan menamatkan zaman gadis iman... sume owg tanya iman, leh ke iman nak berikan tumpuan pada suami ngan pelajaran??? sbb utk pengetahuan shbt2, iman masih lagi belajar di peringkat degree di salah satu universiti kat selangor nie la... tp......... jawapan iman, insyaAllah... iman leh wat.. klu owg len leh, npa iman x leh kan.. agy pun, menurut pandangan iman, kahwin awl nie bagus utk mencegah diri dari melakukan  perkara yang x diingini.... biasalah kan, darah muda... jadi, ngan kahwin awal nie, kita dapat mencegah sume tue...

Alhamdulillah, tunang iman merangkap bakal suami iman, pun menggalakkan iman meneruskan pelajaran... iman dapat sokongan yang penuh dari keluarga dan juga si Dia... hehehehehe.....

shbt2 sume doakan iman ye.... agar sume berjalan ngan lancar pada hari perkahwinan iman... aminn...

nasihat iman, klu kita dah ada jodoh yg baik, bagus, soleh, jgn kita tggu2 lagi... sbb cabaran dunia masa skrg nie amat dahsyat... x yah wat besar-besaran pun x pa... dahulukan yg penting2 je dlu.... =)

menghitung hari...
detik demi detik....

heheheheh... ngada2 iman nie... oh ya, kat bawah nie iman post kan kad kawen iman ek.... =) wallahualam...


Wednesday 8 February 2012

Surat Cinta Itu.....

Si gadis remaja itu kelihatan sungguh gembira. senyumnya melebar hingga ke telinga. Hatinya berbunga-bunga. Bahagia menyapa dirinya. Apa tidaknya, dia baru mengecapi kebahagiaan yang diidamkannya ; cintanya akhirnya dibalas!! berkali-kali surat cinta yang baru diterimanya itu dikucup-kucup. Surat itu dikirimkan oleh seorang jejaka yang telah lama diminatinya. Berkali-kali juga dia membaca isi surat itu yang pastinya tercatat kata-kata yang penuh puitis dan romantis. Kata-kata yang berbekas di hatinya. Bau harum kertas hijau yang didadanya terhias sekuntum bunga ros merah itu menusuk kalbunya....


          Sebelah malamnya, kelihatan si gadis tekun di meja tulis. Dia membalas kembali surat cinta itu untuk diberikan kepada jejakanya dengan kata-kata romantis, luahan cintanya dan rasa serta janji manis. Sebelum tidur, sekali lagi gadis itu membaca isi surat yang diterimanya tadi. Usai itu, dia melipat kembali ke dalam sampul merah jambu dan diselitkan di bawah bantalnya. Malam ini pasti tidurnya diwarnai mimpi yang indah. Sudah pasti, esok pagi-pagi akan dikirimkan surat balasan kepada jejaka idaman... Ah.... Besarnya impak surat cinta itu kepada diri si gadis.. Ermmmm.... Siapa yang tidak bahagia jika mendapat surat cinta sebegitu??? uhuh...


          SEBENARNYA, bukan soal kisah cinta mereka yang palsu itu yang nak Iman kongsikan. Tetapi ada perkara yang lebih besar lagi... InsyaAllah, moga apa yang Iman nk kongsi nie dapat membangkitkan iman di hati dan mendekatkan diri kita kepada Allah. Ermmm... Berbicara tentang surat cinta untuk kita semua.. Surat cinta dari Allah. Apa ya?? Sama ada kita sedar atau tidak, atau kita buat-buat x sedar, Allah telah mengurniakan kita surat cinta yang paling besar nilainya di sisi kita, iaitu AL-QURAN... Benarkah begitu???

           AL-QURAN adalah kalamullah, yang merupakan mukjizat yang diturunkan dari Allah ke hati Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan Malaikat Jibril. ia merupakan wahyu dan itu memberi jaminan bahawa AL-QURAN itu sempurna dan bebas daripada sebarang kekurangan sebagaimana yang terdapat di dalam kitab selainnya. setiap yang tertulis didalamnya adalah kebenaran yang mutlak. Apa yang penting, keasliannya akan terjaga sampai bila-bila.. Ia menjadi rujukan untuk segenap urusan kehidupan manusia baik untuk kehidupan dunia mahupun kehidupan selepas ini. Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara, semua termaktub di dalam AL-QURAN....

           AL-QURAN adalah segala-galanya bagi kita. Al-quran merupakan sumber cahaya yang menjadi penyuluh jalan kepada hati manusia di kala dirinya terkapai-kapai mencari arah dalam kegelapan. sebagaimana firman ALLAH s.w.t yang bermaksud :

"Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya daripada Allah,
dan kitab yang menerangkan. Dengan kitab itulah
Allah menunjuki orang yang mengikuti keredhaanNya
ke jalan keselamatan, dan dengan (kitab itu pula) Allah mengeluarkan
orang itu daripada gelap gelita kepada cahaya yang terang-benderang dengan
seizinNya dan menunjuki mereka jalan yang lurus."
(QS Al-Maidah, 5:15-16)

APA KAITANNYA DENGAN SITUASI NIE???

            Mudah saja, cuba kita muhasabah diri kita, sejauh manakah penghayatan kita terhadap isi dan makna surat cinta yang telah Allah berikan kepada kita. Adakah hati kita berbunga-bunga dan rasa bahagia apabila membaca ayat-ayat yang menggambarkan keindahan syurga dan adakah hati kita tersentuh dan terasa pedih apabila mmbacakan ayat-ayat yang menggambarkan betapa dahsyatnya balasan api neraka yang memamah dan menghancurkan isinya????


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman
apabila disebutkan nama Allah gementarlah hati-hati
mereka dan apabila dibacakan kepada 
mereka ayat-ayat bertambah iman mereka dan kepada
Allah mereka bertawakal."
(QS Al-Anfal, 8:2)


Tuesday 31 January 2012

Untukmu Muslimah...



1) Seorang wanita umpama sekuntum bunga di taman,segar mewangi di pelusuk dunia,setulus kasih sesuci embun,seindah mentari,seanggun rembulan.Cantik wanita kerana akhlaknya,lembut wanita kerana tutur katanya,mesra wanita kerana senyumannya,cekal wanita kerana keberaniannya,patuh wanita kerana setianya,sabar wanita kerana imannya,kasih wanita kerana belaiannya,lemah wanita kerana airmatanya,ikhlas wanita kerana simpatinya,dendam wanita kerana cemburunya,sayang wanita kerana sifat keibuannya….So,jadilah wanita yang sempurna……….

2) Serikandi muslimah yang sejati,hatinya akan sentiasa di miliki Ilahi dalam memperjuangkan agama islam.Binalah akhlakmu seindah muslimah sejati yang padanya terpancar nur iman bertakhtakan taqwa..Semoga kasih sayang ALLAH bersamamu......


3) Puteriku muslimah,malumu mahkota yang x perlukan singgahsana,ttp ia berkuasa mnjg diri & nama.Tiada siapa yang boleh merampasnya melainkan kau sendiri pergi menyerah diri.Ketegasanmu umpama benteng Negara & agama dr dirobohkn & jua dibinasakan…Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara mahligai syurga tempatnya….

4) Buat mujahidah solehah,dgn kecantikanmu,kau lbh elok dr matahari.Dgn akhlakmu,kau lbh wangi dr haruman.Dgn rndh hatimu kau lbh tinggi dr bln.Dgn kelembutanmu kau lbh halus dari rintik…..Maka peliharalah keindahan ini agar ka uterus menjadi syp kiri perjuangan islam,penegak kalimah Allah di muka bumi…..

5) Muslimah Yang dikasihi,
Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu.

Muslimah yang dikasihi,
Peliharalah solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah.

Muslimah yang dikasihi,
Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu.

Muslimah yang dikasihi,
Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga di celahan kaca. Ikuti perintah agama, jauhi laranganNya. Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu.

Muslimah yang dikasihi,
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu di dada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman di dada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu. Jangan kail panjang sejengkal, lautan dalam hendak di duga.

p/s: marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri, dan bermuraqabah kepada Allah... sesungguhnya 'Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah'.... =)




Sunday 8 January 2012

Kisah rumput & Orang yang disayangi


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm…baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye…mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah…apa yang saya harus buat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Pelajar: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.



p/s : hargailah owg yang berada di depan kita, yang ada di kala suka, duka, susah mahupun senang.. kerana mereka lebih ikhlas utk terima diri kita seadanya berbanding dengan owg yg hanya tahu berkata-kata tapi tidak mengotakannya... mereka hanya singgah sebentar utk mempermainkan hati dan perasaan.. tiada siapa pun yg perfect di dunia ini melainkan ALLAH s.w.t... jgnlah kita hanya memandang pada paras rupa, mahupun harta semata2 kerana ianya tidak akan kekal lama.. tetapi pandanglah dengan mata hati... InsyaAllah, bahagia pasti milikmu... =) 

Thursday 5 January 2012

Ku Cintai Dirinya Kerana-Mu Ya Allah...



Ya RABBI, jika cintaku kau ciptakan untuk dia..

Tabahkan hatinya,
Teguhkan imannya,
Sucikan cintanya,
Lembutkan rindunya.

.
Ya RABBI, jika hatiku kau ciptakan untuk dia..

Penuhi hatinya dengan kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan nur-Mu,
Bisikan kedamaian dalam kegelapan,
Temani dia dalam sunyi sebuah penantian.

.
Ya RABBI, ku titipkan cintaku pada Mu untuknya..

Sampaikan rinduku pada rindunya,
Bimbinglah cintaku dan cintanya,
Satukan hidupku dan hidupnya dalam cinta Mu,
Kami ingin syurga Mu dengan kasih sayang.


Sungguh pun aku mencintai dirinya kerana-Mu, Ya Allah.. (^_^)

Tuesday 3 January 2012

Sunday 1 January 2012

Selamat Tahun Baru 2012... ^^"




Assalammualaikum s.w.t, wat sahabat2 sume... =)

erm.. sedar x sedar da masuk tahun baru da kan... bubye tahun 2011... hukhukhuk...
moga tahun baru 2012 ini menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk kita...
pengalaman sepanjang tahun 2011 kita simpan sebagai kenangan yang tidak mungkin kita dapat ulanginya...

ermmmm... orang cakap "sejarah mungkin berulang" (tiba2 iman teringat lagu kumpulan newboyz..) hehehehe...
tp x salah kan kalau kenangan manis tue kita kenang sampai bila2.. klu Iman lah kan Iman akan kenang tarikh 3 September 2011 sbb tarikh tue amat bermakna wat Iman... (^_^)"

tp walau macam mana sekali pun, kenangan pahit atau pun kegagalan yang berlaku sepanjang tahun 2011 kita anggap saja sebagai langkah atau platform untuk kita lalui pada kehidupan yang lebih berjaya... betul x?? hehehe...

sebagai muhasabah atau pun permulaan hari baru Iman pada tahun baru nie Iman ada azam tau... di samping tue Iman ada jgk terbaca tentang wasiat da nasihat Hassan al-Banna yang sangat2 relevan la utk kita amalkan bersama2... antaranya.... jeng.. jeng.. jeng... 

  • senyumlah selalu tetapi bersederhanalah dalam ketawa... senyum itu kan satu sedekah.. tp klu byk ketawa leh gelap hati pulak... iman pun klu da dapat ketawa tue, x igt dunia.. ish..ish.. nauzubillah...

  • bacalah al Quran setiap hari walaupun sepotong ayat... erm.. x susah mana pun, pe kata kita luangkan masa 5 minit ja utk membaca al-Quran setiap hari.. klu dapat agy lama agy bagus.. peringatan tuk diri Iman jugak nie... =)

  • kawal nada suaramu setakat yang diperlukan oleh pendengar didepanmu. janganlah menjadi bodoh. bahkan menyakiti hati orang lain pula... erm.. umi Iman selalu pesan mcm nie jgk.. jgn ckp kuat seolah2 kwn kita tue ada 10 batu jauh dari kita.. kan x sopan mcm tue.. 

  • erm.. agy satu jagalah hubungan yang baik antara Allah dan juga hubungan yang baik sesama manusia... kerana sifat sombong adalah sifat yang dibenci oleh Allah...

Jadi di kesempatan ini, Iman nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua pembaca blog Inspirasi Hati. semoga tahun baru kita akan lebih berjaya, tercapai impian dan azam, murah rezeki dan hidup lebih bahagia dan diredhai Allah. s.w.t InsyaAllah... =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...